suria

Warga Emas Maut Dilanggar Ketika Berbasikal

GEORGE TOWN: Seorang lelaki warga emas yang sedang berbasikal di Jalan Masjid Negeri di sini maut akibat dirempuh sebuah kereta pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, pada kejadian pukul 9.30 pagi itu, mangsa, Low Kee Lai, 72, cuba menukar haluan basikalnya dari kiri ke kanan sebelum basikalnya bergesel dengan sebuah kereta Perodua MyVi dan terjatuh ke atas jalan.

"Mangsa yang tidak sempat bangun selepas terjatuh kemudiannya dilanggar pula sebuah kereta lain jenis Satria Neo yang tidak sempat mengelak," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, mangsa cedera parah di kepala, meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Lain