suria

Kantin Sekolah Kurangkan Operasi Sepanjang Ramadan

PETALING JAYA: Kebanyakan sekolah rendah dan menengah mempunyai kantin yang dibuka tetapi beroperasi kurang daripada separuh kapasiti sempena bulan puasa.

Satu pemeriksaan oleh The Star di beberapa sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor menunjukkan secara keseluruhan pilihan makanan kantin dikurangkan tetapi murid-murid mempunyai makanan yang cukup untuk makan semasa waktu rehat mereka.

Kawasan tempat duduk di ditutup sementara untuk pembersihan dan penyelenggaraan tetapi bahagian yang lebih kecil di kantin masih ditetapkan untuk kemudahan bagi menikmati makanan.

Sebuah sekolah di Kuala Lumpur membuka kantin setiap hari dari pukul 6 pagi sehingga 2 petang.

"Kami beroperasi setiap hari, walaupun pada bulan puasa, dan saya menjual makanan seperti yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dalam kontrak saya," kata pengendali kantin Fauziawati Abdullah.

Beliau menyediakan makanan yang cukup untuk murid-murid bukan Islam kerana katanya, masak terlalu banyak akan membazir dan menelan belanja yang banyak.

Beliau turut menjual kuih dadar, kuih keria dan cucur udang.

Gerai-gerai lain yang menjual nasi dan mi serta yang menjual minuman menghentikan operasi sepanjang Ramadan.

"Sehingga semalam (Rabu), mereka hanya menjual kuih-kuih 'hijau' setiap hari sejak mulanya Ramadan.

"Semalam, bagaimanapun, mereka pergi ke setiap kelas meminta murid-murid untuk bertanyakan apa kami inginkan untuk makan tengah hari, jadi kami mempunyai lebih banyak pilihan sekarang," kata murid yang berusia 12 tahun, Alrik Shen Praba.

Tambahnya, dia gembira dengan perubahan itu berasa bosan dengan hanya makan kuih setiap hari.

Ditanya apa penyelesaian atas pilihan makanan yang terhad, murid-murid berkata, mereka mempunyai pilihan yang lebih baik dengan membawa makanan yang dimasak dari rumah.

"Makanan di sini okay, tetapi kita juga dapat bawa makanan dari rumah, jadi kita bukan sentiasa membeli makanan dari kantin," kata seorang pelajar 11 tahun, Tan Jun Onn, yang menghargai makanan yang disediakan dari rumahnya.

Seorang lagi murid, Avinaash Abraham, 12, berkata, kebiasaannya dia membawa sandwic, biskut atau roti dari rumah untuk waktu rehat dan membeli makanan lagi dari kantin sekiranya masih lapar.

Sementara kebanyakan murid duduk makan bersama kawan-kawan, seorang bapa yang enggan dikenali menggunakan hari cutinya untuk untuk menghabiskan masa dengan anaknya, dengan membawa makanan dari rumah.

"Kebiasaannya, ibu dia akan menyedikan bekal makan tengah hari untuk dia bawa ke sekolah.

"Saya tidak datang setiap hari tetapi kerana saya bercuti, saya fikir saya akan membawa sesuatu untuk anak saya makan," katanya.

Tambahnya lagi, beliau merasakan makanan yang disediakan oleh kantin dalam bulan puasa tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan sejumlah murid dan ianya perlu dipertingkatkan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain