Kiandee & Ismail Akan Dilantik Sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat - Sumber - Semasa | mStar

Kiandee & Ismail Akan Dilantik Sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat - Sumber

Datuk Ronald Kiandee
Datuk Ronald Kiandee

PETALING JAYA: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi penggal ini hampir pasti terus dipegang oleh penyandangnya, Datuk Ronald Kiandee dan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said.

Sumber menyatakan Barisan Nasional(BN) akan mengemukakan kedua-dua nama berkenaan.

Pemimpin BN itu turut menyatakan Ahli Parlimen pembangkang tidak akan dipilih sebagai Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua disebabkan kebimbangan mereka akan membenarkan usul seperti membenarkan undi tidak percaya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mencadangkan agar Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

"BN tidak akan membenarkan perkara ini berlaku," kata sumber dalaman parti itu kepada The Star Online.

Sekiranya terpilih, ia akan menjadi penggal kedua Kiandee dilantik sebagai Timbalan Speaker.

Ahli Parlimen Santubong, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang juga bekas Timbalan Speaker telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dan tidak boleh melaksanakan tugasnya sebelum ini.

Yang Dipertua sekarang, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dijangka akan kekal sebagai Speaker Dewan Rakyat bagi sesi Parlimen ke-13.

Parlimen akan bersidang pada 24 Jun dan dijangka lebih dinamik dan kecoh dengan kehadiran wakil Pembangkang yang lebih ramai.

Pada ketika ini, Pakatan Rakyat memperoleh 89 kerusi, tujuh kerusi lebih banyak berbanding pilihan raya umum 2008, sementara BN memiliki 133 kerusi.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini