Anwar Kekal Sebagai Ketua Pembangkang Sesi Parlimen Ke-13 - Semasa | mStar

Anwar Kekal Sebagai Ketua Pembangkang Sesi Parlimen Ke-13

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kekal sebagai Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat bagi sesi Parlimen Ke-13 yang akan bermula 24 Jun ini.

Anwar berkata pelantikan beliau sebagai Ketua Pembangkang dibuat atas persetujuan bersama pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

"Ya...ya mereka ada menyuruh dan meminta saya menyambung semula untuk menjadi Ketua Pembangkang," katanya ringkas kepada pemberita selepas menyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di sini, Khamis.

Dalam perkembangan berasingan, Pakatan Rakyat akan mengusulkan nama bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi sesi Parlimen ke-13.

Anwar berkata pencalonan itu dibuat bagi memastikan perjalanan perbahasan di Dewan Rakyat berlangsung secara telus dan adil.

"Pakatan Rakyat bersetuju menamakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi sesi Parlimen Ke-13," katanya.

Anwar berkata, pencalonan tersebut telah dihantar oleh Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim ke Parlimen pada 10 Jun lalu.

"Yang Dipertua Dewan Rakyat mesti dilantik dari kalangan seseorang yang bebas, berkecuali tanpa parti, berwibawa dan berkelayakan untuk berkhidmat," tegasnya.

Menurut Anwar, bagi membantu Yang Dipertua Dewan Rakyat mengendalikan persidangan, seorang Timbalan Yang Dipertua hendaklah dipilih dari kalangan seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan seorang lagi dari Pakatan Rakyat.

"Oleh itu, kami bersetuju mencalonkan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar bagi jawatan tersebut.

"Kami percaya langkah ini sejajar dengan peningkatan bilangan komposisi Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat dan akan meningkatkan lagi kualiti amalan demokrasi di negara ini," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain