suria

Saman Fitnah RM10 Juta Nik Aziz Terhadap NST Selesai

KUALA LUMPUR: Saman RM10 juta Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor dan akhbar New Strait Times berhubung isu "Bapa Kafir" telah diselesaikan.

Peguam Nik Aziz Choo Shi Jin memberitahu pemberita kedua-dua pihak telah bersetuju dengan penyelesaian di luar mahkamah tetapi terma-terma penyelesaian tidak didedahkan.

Penyelesaian itu direkodkan di dalam kamar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong.

Nik Aziz telah memfailkan saman itu melalui Tetuan Hisham Fauzi & Associates di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 31 Mei tahun lepas.

Nik Aziz memfailkan saman fitnah ke atas artikel yang telah diterbitkan dalam New Straits Times pada 8 Mei yang mendakwa beliau sebagai "umat Islam yang mengelirukan".

Beliau mendakwa artikel itu adalah tidak benar, tidak berasas dan bersifat fitnah.

Tuntutan menamakan Rahim dan lima yang lain sebagai defendan, termasuk The New Straits Times Press (M) Bhd, ketua editor Abdul Jalil Hamid, ketua editor kumpulan Syed Nadzri Syed Harun, dan wartawan Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean dan Nik Amran Abdullah.

Nik Aziz telah meminta RM10 juta sebagai ganti rugi, dan akhbar itu menarik balik artikel itu dan menyiarkan permohonan maaf.

Beliau juga memohon injunksi terhadap defendan daripada membuat komen lanjut atau mengulangi kenyataan yang bersifat fitnah terhadapnya.

Artikel Lain