suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Myanmar Diberi Amaran Jangan Ancam Keselamatan Negara

KUALA LUMPUR: Warga Myanmar yang bermastautin di Malaysia diberi amaran tidak mencetuskan ketegangan akibat fahaman politik di tanah air mereka sehingga mengancam keselamatan negara.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, dalam tempoh lima hari sejak 30 Mei lepas, polis menerima tujuh laporan berhubung kes pergaduhan, yang antaranya menyebabkan kematian melibatkan warga Myanmar.

"Kejadian tersebut dipercayai ada hubung kait dengan pergolakan kaum di Myanmar," katanya dalam satu kenyataan, Rabu.

Sehubungan itu, beliau berkata polis mengadakan beberapa operasi sejak Ahad lepas bagi membendung serta mencegah kejadian bunuh warga Myanmar daripada berulang.

Beberapa pergaduhan yang berlaku di Pasar Borong Selayang dan Kampung Baru Ampang sejak Sabtu lepas menyebabkan tiga lelaki warga Myanmar terbunuh. - BERNAMA

Artikel Lain