suria

BN Selangor Senarai Pendek 5 Nama Ketua Pembangkang

KLANG: Kemimpin Barisan Nasional (BN) Selangor meluluskan lima nama wakil rakyatnya sebagai senarai pendek untuk di mengisi jawatan Ketua Pembangkang di negeri ini.

Lima yang berkenaan ialah Datuk Amiruddin Setro (Jeram), Datuk Shamsudin Lias (Sungai Burong), Abdul Shukur Idrus (Kuang), Datuk Johan Abdul Aziz (Semenyih) dan Sulaiman Abdul Razak (Permatang).

Ketua Pembangkang yang baru akan menggantikan Datuk Satim Diman yang tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 5 Mei lalu.

Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata, semua calon-calon yang disenaraikan mengisi kedudukan tersebut diyakini mampu dan mempunyai rekod yang baik sebagai wakil rakyat.

"Sesiapa yang yang dipilih perlu mahir faham dengan apa yang berlaku di negeri ini. Beliau mesti mempunyai kebolehan menangani isu-isu yang memberi kesan kepada orang ramai," katanya.

Sementara itu Pengerusi Gerakan Selangor, A. Kohilan Pillay berkata beliau percaya kesemua lima calon tersebut mempunyai peluang yang baik untuk menjadi Ketua Pembangkang negeri.

Bagaimanapun beliau menegaskan bahawa pemimpin yang dipilih untuk jawatan itu mestilah vokal dan berani menyuarakan masalah dan kebimbangan rakyat.

"Pemimpin tersebut perlu memainkan peranan yang proaktif dalam memantau bajet kerana ia adalah wang rakyat. Oleh itu, penekanan yang mencukupi mesti dibuat pada aspek ini dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri," katanya.

Artikel Lain