suria

UPM Tubuh Jawatankuasa, Siasat Laporan Salah Guna Kuasa Pensyarah

KUALA LUMPUR: Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menubuhkan jawatankuasa siasatan awal bagi menyiasat dakwaan pelajar terhadap salah laku dan salah guna kuasa seorang pensyarah untuk tujuan politik.

Naib Canselornya Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan dalam satu kenyataan hari ini berkata jawatankuasa tersebut terdiri daripada tiga profesor, seorang penasihat undang-undang dan Pejabat Pendaftar selaku sekretariat.

"Tujuan penubuhan jawatankuasa ini ialah untk melihat sama ada wujudnya 'prima facie' untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Pada Khamis, akhbar melaporkan 15 penuntut pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Pendidikan UPM membuat laporan polis bagi meminta siasatan dibuat terhadap seorang pensyarah mereka yang didakwa menghasut para pelajarnya supaya membenci kerajaan.

Mohd Fauzi berkata selaras dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti pindaan 2012, pihak universiti perlu mengekalkan keneutralan dalam kampus. -BERNAMA

Artikel Lain