15 Mahasiswa Dakwa Diugut Pensyarah Untuk Bantu Kempen Politik - Semasa | mStar

15 Mahasiswa Dakwa Diugut Pensyarah Untuk Bantu Kempen Politik

KUALA LUMPUR: Lima belas mahasiswa sebuah universiti awam tempatan hari ini mendakwa diugut dan dipaksa oleh pensyarah mereka bagi membantu kempen sebuah parti politik dipercayai pakatan pembangkang.

Seorang wakil mahasiswa berkenaan yang enggan dirinya dikenali, berkata sejak Februari lepas, beliau dan rakan-rakannya diminta pergi ke sebuah kawasan Parlimen di Selangor untuk menjadi pekerja parti seperti memasang poster bagi membantu kempen pilihan raya.

"Saya dan rakan-rakan diugut akan diturunkan gred tugasan sekiranya tidak melibatkan diri dalam kempen parti politik berkenaan. Selain itu pensyarah tersebut turut meminta kami mengumpul duit daripada pelajar bagi membeli dua tabloid parti pembangkang," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Serdang, dekat sini.

Pelajar-pelajar kursus pendidikan itu turut menyerahkan kepada polis dan wartawan salinan video cakera padat sebagai bahan bukti dakwaan mereka.

Wakil pelajar itu berkata akibat ugutan pensyarah itu, beliau dan rakan-rakan berada dalam keadaan dilema kerana bimbang digagalkan oleh pensyarah berkenaan sekiranya tidak melakukan seperti apa yang dikehendaki.

Sementara itu, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika dihubungi berkata kementerian itu memandang serius dakwaan mengenai ugutan tersebut dan mengarahkan siasatan dilakukan.

"Saya akan meminta mereka memberi bahan bukti dan saya memberi jaminan bahawa mahasiswa berkenaan akan dilindungi," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang ACP Abd Razak Elias mengesahkan menerima laporan berkenaan dan berkata dakwaan itu akan segera disiasat. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain