suria

Zamri Nafi Kakitangan SPR Cuba Manipulasi Undi Di Manjung

IPOH: Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Lumut, Datuk Zamri Man menafikan khabar angin bahawa kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah cuba memanipulasi undi di Manjung pada Khamis.

Zamri berkata, kakitangan-kakitangan SPR hanya memindahkan kotak yang mengandungi kertas undi baru untuk pusat mengundi di setiap kawasan pengundian pada Ahad ini.

"Kami cuba mengedarkan kertas undi ke semua pusat mengundi kerana ia sebahagian daripada prosedur," kata Zamri kepada b>The Star pada Jumaat.

"Kami hanya menjalankan tugas. Jika kami tidak memindahkan kertas undi ke setiap pusat mengundi, jadi bagaimana orang ramai akan mengundi?.

"Semua ini adalah tuduhan tidak berasas ke atas SPR dan saya berharap kami tidak lagi diganggu supaya kami boleh menjalankan tugas dengan baik," katanya.

Pakatan Rakyat mendakwa beberapa kakitangan SPR cuba membawa keluar beberapa kotak mengandungi kertas undi awal dari lokap balai polis daerah Manjung.

Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin turut mendakwa terdapat cubaan untuk membuka beberapa peti undi awal.

Artikel Lain