6 Mei Cuti Umum Jika Pakatan Berjaya Bentuk Kerajaan Pusat - Anwar - Semasa | mStar

6 Mei Cuti Umum Jika Pakatan Berjaya Bentuk Kerajaan Pusat - Anwar

KAMPAR: Pakatan Rakyat akan mengisytiharkan sehari selepas hari pengundian, iaitu 6 Mei sebagai cuti umum sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan Pusat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara tersebut akan diumumkan sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

"Sehari selepas itu, pada 7 Mei pula, kita akan menurunkan harga petrol," katanya kepada orang ramai yang berkumpul di luar pejabat PKR di Malim Nawar pada Khamis.

Mengenai janji Pakatan Rakyat untuk menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pula, Anwar berkata semua pinjaman akan dihapuskan sebelum penghujung bulan.

"Pada bulan ini juga kita akan memberikan bantuan kepada semua sekolah, termasuk sekolah kebangsaan, Cina dan Tamil.

"Pada masa yang sama, kita akan mendukung kepentingan Bahasa Melayu. Kita tidak akan tunggu sampai dekat pilihan raya untuk berikan bantuan," katanya.

Anwar turut menjawab dengan nada acuh tak acuh mengenai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa mengajak rakyat Johor 'menguburkan' karier politik Anwar dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang di negeri itu.

"Dr Mahathir, anda sudah 87 tahun. Jangan fikir mahu kuburkan orang lain. Fikirkan kubur anda sendiri," katanya.

Anwar mendakwa Dr Mahathir sendiri pernah meminta agar kerakyatan Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga dilucutkan kerana dia berbangsa India.

"Kita tidak boleh mempertikaikan hak orang Cina dan India. Komuniti India di negara ini adalah kecil namun ia tidak bermakna kita boleh ketepikan mereka," katanya.

Dalam ceramahnya, Anwar turut memperkenalkan calon Pakatan Rakyat bagi kawasan Kampar.

Calon Parlimen Kampar diwakili oleh Dr Ko Chung Sen, calon DUN Keranji, Chen Fook Chye, Malim Nawar diwakili oleh Leong Cheok Keng dan Tualang Sekah diwakili oleh Baldip Singh.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain