suria

61 Ahli PAS DUN Lintang Keluar Parti, Serah Borang Masuk Umno

SUNGAI SIPUT: Kepercayaan terhadap parti pembangkang semakin hilang apabila 61 ahli dan penyokong PAS di Dewan Undangan Undangan (DUN) Lintang memutuskan keluar parti dan menyertai Umno.

Zamani Mohammad yang mewakili 61 rakan-rakannya berkata keputusan ini dibuat selepas mereka menyedari telah terpedaya dengan janji-janji pembangkang selama ini, khususnya di Parlimen Sungai Siput.

"Pada pilihan raya umum 2008 kami telah berjaya menumbangkan Barisan Nasional dengan harapan pemimpin baru yang menang dapat membawa pembaharuan dan pembangunan.

"Kini kami sedar dan insaf bahawa perjuangan kami sebelum ini telah sesat. Hanya Barisan Nasional yang boleh memperjuang dan memberi pembangunan kepada rakyat," kata kepada pemberita selepas majlis penyerahan borang keahlian di Kampung Periang, dekat sini, malam Rabu.

Borang-borang diserahkan kepada Ketua Umno Sungai Siput Datuk Mohd Zolkafly Harun.

Artikel Berikut

Artikel Lain