suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

9,999 Pangsapuri Kos Rendah, Sederhana Dibina Di Air Hitam - Najib

GEORGE TOWN: Kerajaan Persekutuan akan membina 9,999 unit pangsapuri kos rendah dan sederhana di Air Putih, Air Hitam dan Paya Terubong, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa.

Pangsapuri berukuran antara 700 kaki persegi dan 1,000 kaki persegi setiap satu akan dijual antara RM72,500 dan RM290,000.

Najib mengumumkan berita baik itu pada konsert mini 1Malaysia di Padang Tembak dekat sempadan kawasan Air Putih di mana Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.

Pada majlis itu, Dewan Perbandaran Cina Pulau Pinang menyampaikan petisyen daripada lebih 1,000 pertubuhan yang menyokong pengembalian semula status pelabuhan bebas Pulau Pinang dan pelaksanaan sistem monorel.

Artikel Berikut

Artikel Lain