suria

Kes Tetak Di Bachok Berpunca Salah Faham, Tiada Kaitan Politik

BACHOK: Kes pergaduhan dan tetak membabitkan dua anggota keluarga yang dikatakan berlainan parti di Pos Barisan Nasional (BN) Cabang Tiga Melawi di sini Rabu lepas adalah berpunca salah faham dan tiada kaitan dengan politik.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata pergaduhan itu hanya secara kebetulan berlaku di Pos BN.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Badak di sini, Jumaat apabila diminta mengulas kes pergaduhan di Pos BN itu yang dikatakan berkaitan isu politik.

Dalam kejadian pada pukul 11.45 malam itu, seorang pemilik kedai Azran Zawawi, 40, ditetak dengan pedang oleh seorang anggota keluarganya hingga perlu menerima 13 jahitan di bahagian bahu.

Kes itu sedang disiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Bachok. BERNAMA

Artikel Lain