suria

Lelaki Tikam Kekasih Dihadapkan Ke Mahkamah Majistret

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh seorang wanita pada Februari lepas.

Tertuduh Cheong Teik Keon, 31, dari Taman Lintang Makmur, Sungai Siput, Perak, yang faham dengan pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Arif Mohamad Shariff, bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan.

Cheong yang bekerja sebagai jurutera dan pembekal barangan itu dituduh membunuh Tan Ching Chin, 24, di Taman Hwa Seng, Jalan Roshan, Alma di sini pada 14 Feb pukul 8.40 pagi, dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum bunuh.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Sakinah Ibrahim manakaka tertuduh diwakili peguam Ram Karpal Singh.

Pada prosiding pada Rabu, peguam Cheong memohon kepada mahkamah supaya membenarkan tertuduh mendapatkan rawatan akibat kecederaan yang dialami di perut dan tangan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan permohonan peguam dan mengarahkan pegawai penyiasat untuk membantu tertuduh mendapatkan rawatan dan menetapkan 8 April untuk sebutan semula kes itu bagi mendapatkan laporan bedah siasat dan kimia mangsa. - BERNAMA

Artikel Lain