SEORANG lelaki meraih perhatian ramai selepas tular kisahnya yang berjaya mengekstrak 191 gram (g) emas daripada kad SIM terbuang.Bagaimanapun, lelaki dari dari Huizhou, wilayah Guangdong, China itu memberi amaran tentang risiko keselamatan serius dalam proses berkenaan. Pada 20 Januari, lelaki dikenali sebagai Qiao itu memuat naik sebuah video memaparkan proses penapisan emas yang meraih lebih lima juta tontonan.Dalam klip itu, Qiao merendam kad SIM terpakai ke dalam tong berisi bahan kimia, lalu mengekstrak lumpur emas melalui beberapa tindak balas termasuk kakisan, penggantian dan pemanasan.Selepas ditapis dan dipanaskan, dia memperoleh 191g emas, bernilai hampir 200,000 yuan (RM113,410).Qiao memberitahu Xiaoxiang Morning Post dia menggunakan hampir dua tan sisa untuk menapis emas tersebut, yang bukan hanya datang daripada kad SIM tetapi campuran sisa cip dalam industri elektronik telekomunikasi.ARTIKEL BERKAITAN: Harga emas mencanak, golongan 'penyimpan' kena faham situasi semasa... Ini 3 soalan penting perlu dijawabMedia negara itu melaporkan satu kad SIM standard biasanya mengandungi kurang daripada 0.001g emas.Bahan sisa lain yang mengandungi emas, seperti cip kad bank dan komponen sentuhan peranti komunikasi, juga boleh dikitar semula.“Saya menapis sisa elektronik tertentu secara sah dengan pensijilan, dan matlamat saya ialah berkongsi kemahiran,” kata Qiao. -Agensi.