SEORANG penjual keropok meluahkan rasa syukur apabila terpilih untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.Kisah mengenai Sutaji, 66, dari Jombang, Indonesia menjadi bualan kerana dia mula menabung sejak 1983. “Saya mula berniaga sejak tahun 1970,” ujar Sutaji kepada pemberita pada Isnin.Menurut Sutaji, usaha menabung untuk ke tanah suci pula bermula pada 1983, selepas dia mendirikan rumah tangga.ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas berpencen dipaksa cari pendapatan, anak tegur nafkah ibu masih tanggungjawab bapaLebih menggembirakan kata Sutaji, isterinya, Siti Hana, 62, turut terpilih untuk berangkat bersama ke tanah suci tahun ini.“Sejak awal kahwin sudah ada niat untuk mengerjakan haji. Kalau Allah memberi rezeki, kami memang nak pergi,” kata Sutaji.Isterinya mendaftar haji terlebih dahulu pada tahun 2012, diikuti Sutaji pada 2019. Mengimbas perjalanan hidupnya, Sutaji berkata dia hanya berniaga keropok dengan menggunakan sebuah basikal tua.Setiap hari, dia mengayuh basikal mengelilingi kampung selepas solat Subuh demi mencari rezeki. -Agensi