SEORANG penagih dadah memecut motosikalnya untuk melarikan diri daripada polis walaupun teman wanitanya terjatuh di atas jalan raya. Rakaman daripada kamera badan polis Thailand itu tular di media sosial dan turut disiarkan oleh beberapa agensi berita. Menurut laporan Channel 7, kejadian itu berlaku di Jalan Rojana, daerah kecil Phai Ling di Ayutthaya. Video itu memaparkan suspek menunggang motosikal pada kelajuan tinggi sambil dikejar dua anggota polis yang menaiki sebuah lagi motosikal.Lelaki itu dilihat meneruskan perjalanan dan langsung tidak membantu teman wanitanya yang cedera akibat terjatuh di atas jalan raya.Bagaimanapun, lelaki itu tidak sempat pergi jauh sebelum ditahan polis tidak lama kemudian.ARTIKEL BERKAITAN: Tragis! Wanita putus tangan, baju tersangkut tayar motosikalPenunggang motosikal yang ditahan dikenal pasti sebagai Jirapong, 29 tahun.Polis menemui tiga biji pil methamphetamine yang dikenali sebagai Yaba dalam simpanannya. Dia juga didapati positif dadah selepas menjalani ujian air kencing di balai polis.Video tular itu turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam talian apabila ramai netizen meninggalkan komen berunsur jenaka. “Dia patut cari teman lelaki yang lebih baik.“Dia sanggup tinggalkan teman wanita hanya kerana tiga biji pil," tulis netizen.Dalam temubual berasingan, teman wanitanya, May, 32, berkata dia tidak marah terhadap Jirapong, malah turut melawat lelaki itu selepas kejadian berkenaan.Jelas May, mereka baru bersama selama tiga bulan dan menegaskan dia tidak mengetahui mengenai jenayah yang dilakukan oleh Jirapong. Walaupun cedera akibat kejadian itu, dia berkata masih menyayanginya dan memilih untuk terus setia di sisinya. -Agensi