SEORANG lelaki berusia 50 tahun mengejutkan mahkamah apabila merayu supaya hukuman terhadap isterinya diringankan meskipun wanita itu memotong kemaluannya. Bukan itu sahaja, mangsa yang mengalami penderitaan fizikal dan mental turut dilaporkan mencapai persetujuan dengan isterinya untuk melakukan permohonan secara rasmi di mahkamah.Susulan itu, Mahkamah Daerah Incheon di Korea Selatan mengambil kira rayuan tersebut sebelum menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun ke atas wanita berusia 58 tahun itu, manakala menantunya dihukum penjara empat tahun kerana membantu menahan mangsa.Siasatan polis mendapati wanita itu merancang serangan tersebut dengan teliti dan pernah meminta bantuan anak perempuannya untuk memantau pergerakan suami menggunakan alat GPS yang diperoleh secara haram.Anak perempuan pasangan itu dikenakan denda kerana menjalankan pemantauan tanpa kebenaran melalui khidmat penyiasat persendirian tidak berlesen.Kes berprofil tinggi itu mencetuskan kejutan besar di Korea Selatan, dengan pihak hakim menyifatkan perbuatan tersebut sebagai amat kejam walaupun mangsa sendiri merayu agar pelaku diberi kelonggaran hukuman.Untuk rekod, tragedi ngeri itu berlaku di Pulau Ganghwa, Korea Selatan pada Ogos tahun lalu apabila wanita terbabit menyerang suaminya yang ketika itu sedang minum seorang diri di sebuah cafe, sebelum tertidur.Berdasarkan laporan, tertuduh didakwa dipengaruhi perasaan cemburu selepas mengesyaki suaminya berlaku curang.Dia kemudian bertindak menyerbu kafe tersebut sebelum melancarkan serangan menggunakan senjata tajam.Malah menantu mangsa turut terlibat dalam serangan berkenaan, apabila bertindak mengikat mangsa menggunakan tali dan pita industri.Mangsa kemudian ditikam beberapa kali sebelum isterinya memotong zakar dan membuang anggota tersebut ke dalam tandas.Tindakan tersebut sekali gus menghilangkan peluang untuknya melakukan pembedahan penyambungan semula.Mangsa yang kehilangan banyak darah dikejarkan ke hospital dan berjaya diselamatkan, namun mengalami kecederaan kekal serta trauma psikologi yang serius. -Agensi