suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak tahan masjid guna speaker minta derma, penduduk pakat pindah beramai-ramai... Pukul 5 pagi mula bising

Bunyi yang terhasil daripada pembesar suara masjid mengganggu ketenteraman penduduk.

PENDUDUK di sebuah kampung dilaporkan berpindah beramai-ramai kerana tidak tahan dengan bunyi daripada pembesar suara masjid yang didakwa terlalu bising.

Beberapa penduduk meluahkan rasa terganggu kerana pihak masjid menggunakan pembesar suara untuk meminta sumbangan daripada orang.

Keadaan itu dikatakan berlangsung hampir sepanjang hari, bermula pukul 5 pagi hingga petang.

Perkara yang sudah berlarutan sehingga dua tahun itu dilaporkan berlaku di Desa Jejalenjaya, Bekasi, Jawa Barat, Indonesia.

Bunyi yang kuat dan berterusan itu juga dikatakan menjejaskan ketenteraman kerana ia mengganggu waktu berehat, masa kerja dari rumah serta pembelajaran anak-anak.

Malah, ada yang mendakwa bunyi tersebut menyebabkan mereka mengalami masalah pening kepala.

Mereka memaklumkan aduan sudah beberapa kali disampaikan kepada pihak pengurusan masjid, namun penggunaan pembesar suara masih diteruskan. -Agensi

Artikel Lain