SEORANG lelaki didakwa merogol seorang wanita di kawasan tempat letak kereta bersebelahan bangunan mahkamah pada Jun tahun lalu. Mubarak Ibrehim, 25, kini sedang dibicarakan di Mahkamah Crown Portsmouth, England, yang terletak bersebelahan lokasi kejadian. Ibrehim yang berasal dari Sudan bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.Menurut pihak pendakwaan, mangsa meninggalkan kelab malam bersama seorang rakannya sekitar pukul 3 pagi pada 11 Jun tahun lalu.Mangsa kemudian duduk di tepi jalan sementara menunggu rakannya membeli dadah di sebuah lorong.Dakwa mangsa, dia kemudian dirogol di kawasan tempat letak kereta oleh lelaki berkenaan.Selepas ditahan, Ibrehim memberitahu polis kejadian itu berlaku atas persetujuan mangsa.Perbicaraan masih diteruskan. -Agensi.