suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga emas didapati bersalah hantar ‘flying kiss’, kerdip mata kepada wanita tengah sapu sampah

Gangguan seksual boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki warga emas didapati bersalah kerana melakukan gangguan seksual tidak verbal terhadap seorang wanita.

Menerusi prosiding pada Selasa, mahkamah diberitahu bahawa lelaki berusia 62 tahun itu membuat gestur lucah termasuk melontarkan flying kiss dan kerdipan mata kepada mangsa ketika dia sedang menyapu sampah di luar rumahnya.

Dalam kejadian pada 28 Ogos 2021 itu, tertuduh juga didapati membaling wang kertas Rs 500 (kira-kira RM28) kepada wanita tersebut di Chandigarh, India.

Tindakan itu dianggap menjejaskan maruah dan harga diri wanita berkenaan.

Ketua Majistret Sachin Yadav menetapkan hukuman terhadap Ashok Kumar di bawah Seksyen 354A (gangguan seksual) dan Seksyen 509 (menghina kesopanan wanita) Kanun Keseksaan India. 

Namun, mahkamah memerintahkan lelaki itu dilepaskan dengan jaminan bersyarat selama enam bulan, tertakluk kepada pemantauan pegawai probasi dan mengekalkan tingkah laku baik.

Selain itu, Kumar diperintahkan menyediakan bon probasi sebanyak Rs 20,000 (kira-kira RM1,120) dan membayar Rs 10,000 (kira-kira RM560) sebagai pampasan kepada wanita itu. 

Mahkamah menegaskan bahawa lontar ciuman dan kedip mata merupakan bentuk gangguan seksual non-verbal dan jelas melanggar maruah peribadi mangsa.-Agensi

Artikel Lain