suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Sekolah Di Lahad Datu Dibuka Semula

LAHAD DATU: Tiga sekolah di daerah Lahad Datu yang ditutup sejak 1 Mac, dibuka semua pada Khamis selepas polis mengesahkan keadaan di daerah ini selamat dan terkawal.

Menurut laman web Jabatan Pelajaran Negeri Sabah lapan sekolah lagi masih tertakluk kepada arahan Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu.

Lapan sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tambisan, SK Lok Buani, SK Fajar Harapan, SK Tanjung Labian, SK Sahabat 16, SK Sahabat 4, SK Cenderawasih dan Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana.

Sebelum ini, 11 sekolah di Lahad Datu diarah ditutup sementara susulan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, dekat sini.

Sementara itu, tinjauan Bernama di bandar Lahad Datu mendapati keadaan tenang dan terkawal dengan kedai-kedai beroperasi seperti biasa manakala orang ramai keluar menyelesaikan urusan masing-masing. - BERNAMA

Artikel Lain