suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anwar Dakwa Media Filipina Tawar Beri Penjelasan

Anwar nafi terlibat dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.
Anwar nafi terlibat dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.
Anwar nafi terlibat dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau ditawarkan oleh media Filipina, Philippines Daily Inquirer bagi membersihkan namanya berhubung dakwaan dikaitkan dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu.

"Mereka Philippines Daily Inquirer menghubungi saya pagi ini dan menawarkan untuk bercakap dengan editor mereka untuk temubual secara langsung.

"Mereka sanggup berikan saya platform untuk menentang atau tidak bersetuju berhubung dengan dakwaan tersebut," katanya kepada pemberita di sini selepas penutupan Persidangan Antarabangsa pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada Selasa.

Bagaimanapun Anwar berkata beliau tidak dapat menerima tawaran itu dengan segera kerana sibuk namun mengakui akan berbuat demikian kemudian.

Anwar menambah bahawa tawaran itu akan termasuk temubual secara langsung penjelasannya dan akhbar harian berkenaan.

Menerusi laporan Philippines Daily Inquirer, pada Jumaat lalu menyatakan bahawa sumber risikan negara itu mengaitkan seorang ahli politik Sabah yang bersekutu dengan pemimpin pembangkang Malaysia sebagai antara 'faktor luaran' yang didakwa bertanggungjawab menghasut waris kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah.

Laporan wartawan Philippines Daily Inquirer, Nikko Dizon berkata Manila sedang memantau tiga kumpulan yang digambarkan sebagai 'faktor luaran' di sebalik krisis pencerobohan di Malaysia.

Malah baru-baru ini agensi berita Reuters menerusi laporannya juga mengaitkan penglibatan pembangkang dalam pencerobohan Lahad Datu.

Artikel Lain