suria

Kajian Tren Laju Malaysia-Singapura Hampir Siap - SPAD

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada Khamis mengesahkan bahawa kajian kebolehlaksanaan bagi Fasa 1B perkhidmatan tren berkelajuan tinggi Malaysia-Singapura hampir siap.

Menurut suruhanjaya berkenaan, kajian itu menilai daya maju projek besar itu dari perspektif teknikal dan kewangan.

Kajian itu juga melihat ekonomi projek, struktur pembiayaan pilihan dan menilai impak sosioekonomi yang lebih luas dan laluan pembangunan yang berpotensi, kata SPAD.

Kajian ini juga melihat kepada menentukan penjajaran yang boleh dilaksanakan secara teknikal dan boleh memberikan hasil yang optimum, kata SPAD, yang dilantik oleh kerajaan sebagai agensi utama bagi projek kereta api kelajuan tinggi itu, dalam satu kenyataan.

Menurut agensi itu, ia juga menjalankan penyelidikan pasaran utama untuk menilai potensi hasil projek di samping kepada kos dari mula berdasarkan reka bentuk awal, menentukan struktur dana pilihan dan juga menilai impak projek rel kelajuan tinggi terhadap kaedah pengangkutan yang lain.

"Ia juga menilai kesan tahap faedah sosioekonomi yang lebih luas," katanya.

Setakat ini, SPAD melibatkan pihak-pihak yang berkepentingan di peringkat persekutuan dan negeri, dengan sektor awam dan swasta.

Maklum balas yang diterima ditapis dan diuji dengan kajian kes antarabangsa dengan input daripada pakar-pakar teknikal dan diubah suai berdasarkan keperluan dan keadaan tempatan yang berbeza, kata SPAD.

Menurut SPAD, projek rel kelajuan tinggi di seluruh dunia telah menjadi pemangkin pembangunan limpahan dan kerajaan Malaysia merancang untuk memastikannya sama melalui pelan berstruktur di peringkat hab untuk meningkatkan kemungkinan meraih faedah sosioekonomi lebih luas untuk turut menarik aktiviti ekonomi bagi memacu pertumbuhan semula bandar di setiap hab.

Projek mega itu dijangka menawarkan dua jenis perkhidmatan iaitu ekspres dan transit. BERNAMA

Artikel Lain