suria

CIC Ambil Keterangan Abang William Untuk Bantu Siasatan

KUALA LUMPUR: Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) mengambil keterangan abang mendiang William Yau Zhen Zhong, 6, bagi membantu siasatan berhubung kes kematian kanak-kanak itu pada minggu lepas.

Siasatan itu dijalankan terhadap abang William yang berumur tujuh tahun selama lebih kurang lima jam, iaitu dari 11 pagi hingga 4.15 petang Khamis.

William, anak kedua pasangan Goh Ying Ying, 28, dan Yau Kok Kang, 32, dilapor hilang pada 16 Jan lepas di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya selepas dipercayai keluar daripada kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.

Pada 24 Januari lalu mayat seorang kanak-kanak lelaki lengkap berpakaian ditemui di Jeti Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang dan laporan awal DNA oleh Jabatan Kimia mengesahkan ia adalah William.

Bagaimanapun, usaha wartawan mendapatkan maklumat lanjut daripada abang dan ibu mangsa tidak berjaya kerana mereka masih trauma. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain