Veteran Umno Bidas Nik Aziz Isu Penyatuan Islam - Semasa | mStar

Veteran Umno Bidas Nik Aziz Isu Penyatuan Islam

KUALA LUMPUR: Dakwaan Musyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa hanya parti itu yang mampu menjuarai dan menyatukan umat Islam di Malaysia adalah satu 'omong kosong' dan tidak berlandaskan fakta sebenar, kata Setiausaha Veteran Umno Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub.

Beliau berkata ini dapat dilihat daripada tindak tanduk PAS sendiri antaranya enggan bekerjasama dengan Umno yang telah menghulur salam persahabatan penuh ikhlas demi menjuarai umat Islam serta merealisasikan perpaduan orang Melayu di negara ini.

"Jika Nik Aziz mahu berkata demikian, tunjukkan bukti bahawa PAS ikhlas menjuarai umat Islam dan mahu orang Melayu bersatu. Apakah mengkafirkan dan memurtadkan orang Melayu beragama Islam dalam Umno dianggap sebagai menjuarai Islam?.

"Umno sejak sekian lama memperjuangkan Islam dan orang Melayu di Malaysia, jadi mengapa PAS tidak boleh bekerjasama dengan Umno dengan matlamat yang sama ? PAS tidak boleh bekerjasama dengan Umno hanya kerana PAS tidak mempunyai niat memperjuangkan umat Islam dan Melayu seperti Umno," katanya kepada Bernama.

Rabu lepas ketika mengulas pemecatan Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Ulamak PAS, Nik Aziz dilaporkan berkata bekas Timbalan Presiden PAS itu boleh menyertai mana-mana parti termasuk Umno, namun menegaskan hanya PAS yang mampu menjuarai dan menyatukan umat Islam di Malaysia.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula dilaporkan berkata PAS tidak boleh bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam perkongsian kuasa di negara ini kerana parti itu (BN dan Umno) tidak tahu memerintah.

Mustapha turut mempersoal mengapa PAS masih sanggup bekerjasama dengan DAP yang secara jelas cuba memperlekeh Islam apabila Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng mahu kerajaan membenarkan kalimah Allah dibenarkan dalam Bible versi bahasa Melayu.

"Adakah bekerjasama dengan DAP itu ini mampu merealisasikan usaha PAS menjuarai umat Islam dan agama Islam ? Ataupun kenyataan Nik Aziz itu sebenarnya hanya sebuah retorik politik bertujuan untuk mendapatkan sokongan," katanya.

Beliau berkata Umno sejak sekian lama telah menjuarai umat Islam di negara ini malah telah menjadi juara umat Islam di serata dunia antaranya di Palestin, Filipina dan Bosnia Herzegovina.

"Kerajaan Umno memainkan peranan penting dalam banyak isu antarabanysa melibatkan umat Islam antaranya perjanjian damai antara Bangsamoro dan kerajaan Filipina serta isu umat Islam di Palestin.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang juga Presiden Umno sanggup pergi ke Gaza bagi membantu umat Islam yang ditindas regim zionis Israel di sana. Rakyat boleh menilai sendiri mengapa PAS masih enggan bekerjasama dengan Umno yang jelas menjuarai umat Islam serata dunia," katanya.

Artikel Sebelum

Tiba Masa Lepas Tugas - Peter Chin

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Nasharuddin Bukan Lagi Ahli PAS - Nik Aziz

default image

Nasharuddin Bukan Lagi Ahli PAS - Nik Aziz

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain