suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

16 NGO Pemerhati Tempatan PRU-13 Perlu Patuhi Syarat: SPR

PUTRAJAYA: Kesemua 16 badan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik sebagai pemerhati tempatan yang bertauliah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) harus mematuhi syarat yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata lima NGO dari Semenanjung, lapan bagi Sarawak dan tiga bagi Sabah dilantik sebagai pemerhati tempatan yang akan memantau proses pilihan raya akan datang.

Beliau berkata setiap NGO akan melantik tiga pemerhati di setiap kawasan Parlimen dan mereka dibenar bergerak bebas di semua pusat pengundian di Parlimen yang dipilih, dan pelantikan bermula selepas Parlimen dibubar serta tamat selepas semua keputusan pilihan raya diumum.

"Hari ini dalam sejarah kerana buat pertama kali SPR melantik pemerhati tempatan dalam PRU Ke-13... Ini merupakan bukti bahawa tiada apa yang hendak disembunyikan berkaitan dengan proses pilihan raya.

"NGO yang menerima pelantikan harus memastikan semua petugas yang dilantik mewakili mereka mematuhi Akujanji semasa bertugas, dan ia akan dipantau SPR untuk memastikan urusan pilihan raya berjalan dengan lancar dan terkawal. BERNAMA

Artikel Lain