suria

Pelajar SPM Sakit Dinafikan Peluang Habiskan Jawab Kertas Soalan Peperiksaan

Bimbang...Karthi Keyan membuat laporan polis kerana anaknya tidak dibenarkan menghabiskan menjawab kertas peperiksaan SPM.
Bimbang...Karthi Keyan membuat laporan polis kerana anaknya tidak dibenarkan menghabiskan menjawab kertas peperiksaan SPM.
Bimbang...Karthi Keyan membuat laporan polis kerana anaknya tidak dibenarkan menghabiskan menjawab kertas peperiksaan SPM.

PETALING JAYA: Masalah komunikasi antara pengawas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan guru telah menyebabkan seorang pelajar Tingkatan Lima terlepas peluang habiskan menjawab satu daripada kertas peperiksaannya.

Yunishaa Karthi Keyan dari Sungai Petani, Kedah mengalami keracunan makanan ketika dia sedang menduduki peperiksaan bagi subjek Matematik Tambahan kertas satu SPM Rabu lalu.

Ayahnya, Karthi Keyan P. Mathavan Pillai mendakwa sekolah berkenaan memberi jaminan anaknya akan diberikan masa tambahan untuk menjawab kertas peperiksaan berkenaan ketika dia bergegas membawa anaknya ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

“Anak saya mula mengadu sakit dan muntah beberapa kali sebelum peperiksaan bermula pada pukul 8 pagi, saya menerima panggilan daripada pihak sekolah yang mengatakan keadaannya semakin teruk dan saya terus bergegas ke sekolah,” kata Karthi Keyan yang merupakan pekerja kilang.

Dia menambah ambulan tiba di sekolah untuk memeriksa tekanan darah dan bacaan paras gula Yunishaa dan anaknya dibenarkan untuk meneruskan menjawab kertas peperiksaannya sebaik sahaja ambulan berkenaan pergi.

Bagaimanapun, keadaannya bertambah buruk ketika peperiksaan berlangsung dan guru sekolahnya menghubungi Karthi Keyan.

“Kami mengambil masa kira-kira 45 minit dari klinik untuk samapai semula ke sekolah. Apabila kami tiba di sekolah, peperiksaan sudah pun berakhir dan pengawas peperiksaan sudah pergi,” katanya Karthi Keyan.

Beliau cuba bercakap dengan ketua pengawas peperiksaan bahawa anak perempuannya telah menduduki kertas kedua peperiksaan mata pelajaran yang sama tersebut pada waktu tengah hari.

Namun mereka memaklumkan kepadanya bahawa anaknya tidak boleh menyambung semula menduduki kertas peperiksaan tersebut kerana tiada pengawas menemaninya pergi ke klinik.

“Saya tidak tahu prosedur yang ditetapkan. Saya percaya kepada guru sekolah ini untuk membantu saya dan kini anak saya amat bimbang gred kertas Matematik Tambahannya akan jatuh,” katanya.

Bapa tunggal itu telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

Jurucakap Lembaga Peperiksaan Malaysia berkata perkara tersebut akan disiasat sementara menunggu laporan daripada jabatan pendidikan negeri.

Beliau menasihatkan Karthi Keyan memfailkan rayuan rasmi dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

“Mengikut prosedur, seorang calon yang meninggalkan dewan peperiksaan tanpa memaklumkan kepada mana-mana pengawas dan tidak diiringi oleh mana-mana pengawas tidak akan dibenarkan menyambung semula peperiksaan.

“Ini adalah bagi memastikan keadilan kepada semua calon,” katanya.

Artikel Lain