105 Pembantu Rumah Diselamatkan Dihantar Ke Rumah Perlindungan - Semasa | mStar

105 Pembantu Rumah Diselamatkan Dihantar Ke Rumah Perlindungan

KLANG: Seramai 105 pembantu rumah yang diselamatkan oleh Jabatan Imigresen pada Sabtu telah dipindahkan di rumah perlindungan yang terletak di Jalan Bukit Ledang di Damansara.

Pengarah Imigresen Selangor, Amran Ahmad berkata, kakitangan jabatan membantu dengan pemindahan barang-barang pembantu rumah pada Isnin sebelum menghantar mereka ke rumah perlindungan itu menggunakan dua bas.

“Mereka akan diletakkan di situ semasa kami menjalankan siasatan kami.

“Konsulat pembantu rumah masing-masing akan ke rumah itu hari ini untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya ketika ditemui di pejabat agensi pembantu rumah di Bandar Baru Klang.

Beliau menambah, pembantu rumah akan dihantar pulang ke negara masing-masing selepas jabatan menyelesaikan siasatan.

Artikel Sebelum

Tender AES Dibuat Secara Telus - KP JPJ

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

MMA cabar ego Zul Ariffin