Mahkamah Perintah Kuin Bayar RM1.599 Juta Kepada Pengusaha Asrama - Semasa | mStar

Mahkamah Perintah Kuin Bayar RM1.599 Juta Kepada Pengusaha Asrama

SUNGAI PETANI: Mahkamah Tinggi Alor Setar telah memerintahkan Kolej Universiti Insaniah (Kuin), milik kerajaan Kedah, membayar RM1.599 juta kepada Syarikat Shake Cuisine Sdn Bhd pada 31 Oktober lepas kerana kegagalan melunaskan bayaran perkhidmatan yang disediakan syarikat itu.

Pengarah Urusan syarikat itu, Shaikh Faisol Shaikh Yusoff berkata beliau lega dengan keputusan itu walaupun jumlah bayaran yang diperoleh hanya bagi baki bayaran kontrak.

Pada Mac lepas, Shaikh Faisol membuat tuntutan di mahkamah terhadap Kuin sebanyak RM1.599 juta untuk baki bayaran dalam kontrak, RM200,000 bagi kerugian kos bayaran sewa stor barang serta kerugian akibat tidak dapat meneruskan perniagaan lain berjumlah RM1,259,939 selain faedah pada kadar lapan peratus setahun, kos dan lain-lain relief.

Katanya syarikat itu menyediakan perkhidmatan kepada 300 pelajar Kuin di cawangan Kuin Sungai Petani bagi tempoh tiga tahun bermula Januari 2009 hingga Disember 2011 dengan kadar bayaran ditetapkan dalam perjanjian sebanyak RM200 sebulan untuk setiap pelajar.

Kos berkenaan merangkumi kos perkhidmatan asrama (kediaman) dan pengangkutan untuk seramai 300 pelajar, katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau berkata mengikut kontrak, jumlah bayaran keseluruhan mengikut persetujuan kedua-dua pihak sehingga selesai tempoh perjanjian adalah RM2.160 juta.

Akibat kegagalan defendan mematuhi terma perjanjian dengan sempurna, pihak plaintif mengalami kerugian apabila terpaksa menanggung kos sewa rumah, pembelian barang-barang keperluan dan kos-kos berkaitan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain