suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

210 Mangsa Banjir Dipindahkan Di Johor

JOHOR BAHARU: Seramai 210 orang dipindahkan ke tiga pusat pemindahan di Batu Pahat apabila kediaman mereka dinaiki air selepas hujan lebat, pada Sabtu.

Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara berkata 117 mangsa banjir dari 38 keluarga dari Kampung Parit Gantung ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tiga Serangkai manakala 61 orang daripada 12 keluarga dari Parit Lapis Laman ditempatkan di Balairaya Parit Lapis Laman.

Seramai 32 mangsa banjir dari tujuh keluarga dari Parit Sentang Batu pula ditempatkan di Dewan Orang Ramai Parit Sentang Batu.

Jurucakap Ibu Pejabat Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor Khatijah Abdullah ketika dihubungi berkata pihaknya telah mengagihkan bantuan asas kepada mangsa banjir berupa makanan, minuman, bantal dan selimut.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai status terkini banjir di kawasan mereka melalui http://portalbanjir.mkn.gov.my atau PublicInfoBanjir pada laman Facebook. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain