suria

20 Ditahan Jais Dipercayai Pengikut Al-Arqam Dibebas Dengan Ikat Jamin

SHAH ALAM: Kira-kira 20 orang, yang dipercayai menjadi pengikut Al-Arqam, telah dibebaskan dengan ikat jamin pada Jumaat selepas mereka ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada malam Khamis.

Ikat jamin dibuat di di Mahkamah Syariah di Kuang pada Jumaat pagi selepas kenyataan mereka direkodkan oleh Jais malam sebelumnya.

Pada Khamis, Jais telah menyerbu sebuah perhimpunan dipercayai akan diadakan bersempena dengan ulang tahun ke-75 pengasas Al-Arqam Ashaari Muhammad. Ashaari, yang lebih dikenali sebagai Abuya, meninggal dunia pada tahun 2010.

Kira-kira 20 orang telah ditahan di bawah Seksyen 12C Enakmen Jenayah Syariah Selangor. Difahamkan bahawa kakitangan Jais menyerbu majlis sekitar 9.00 atau 10.00 malam pada Khamis di Rawang. Ketika dihubungi, Jais enggan mengulas mengenai serbuan itu, mengatakan bahawa siasatan sedang dijalankan dan butiran hanya akan dikeluarkan pada sidang akhbar pada Isnin.

Jurucakap itu berkata beliau telah diarahkan untuk tidak mendedahkan apa-apa maklumat sehingga Isnin.

Artikel Lain