suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Myanmar Ditemui Mati Dibunuh

KUANTAN: Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati selepas terbabit dalam pergaduhan dengan sekumpulan warga Kemboja di sebuah kilang papan dekat Panching pada Sabtu.

Mangsa, Naw Alia, 18, mati akibat cedera parah di kepala selepas dipercayai dihentak dengan kayu beluti.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata dalam kejadian 11.30 malam itu, abang mangsa, Kyaw Kyaw Oo, 19, turut cedera dipukul.

"Sebelum kejadian, mereka yang juga pekerja di kilang berkenaan dipercayai sedang minum minuman keras sebelum berlakunya pergaduhan," katanya kepada Bernama pada Ahad.

Beliau berkata polis masih memburu empat warga kemboja berusia 20 hingga 30 tahun yang melarikan diri selepas kejadian itu.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain