suria

Abdul Hadi Sedia Tanding Di Pekan, Lawan PM

PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Jumaat bersedia untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), yang kini disandang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Akhbar Sinar Harian pada Sabtu melaporkan Abdul Hadi sebagai berkata, beliau mengikut arahan parti dan terserah kepada parti untuk membuat keputusan sekiranya menyuruh beliau bertanding di Parlimen Pekan.

Beliau berkata demikian apabila ditanya adakah akan kekal sebagai calon Parlimen Marang atau mempunyai rancangan untuk bertanding di luar Terengganu pada PRU-13.

Bagaimanapun, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, keputusan bertanding pada PRU-13 bergantung sepenuhnya kepada keputusan parti, sama ada menetapkan beliau untuk kekal di Parlimen Marang atau bertanding di luar termasuk di Parlimen Pekan.

Dilaporkan, walaupun dalam nada berseloroh tetapi tegas, kesanggupan Abdul Hadi dilihat ada logiknya jika ia mengambil kira prestasi pembangkang dalam keputusan Parlimen Pekan pada PRU-10 lalu dengan meletakkan calon PAS berdepan Perdana Menteri.

Malah, dalam PRU-10 pada 1999, PAS hampir sahaja menamatkan riwayat politik Perdana Menteri apabila calon PAS, Ramli Mohamed hanya tewas dengan majoriti 241 undi.

Artikel Sebelum

Artikel Lain