suria

Karpal Sah Pertahan Kerusi Bukit Gelugor

GEORGE TOWN: Pengerusi DAP, Karpal Singh akan mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gelugor pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Walaupun berusia 72 tahun, saya masih boleh menyumbang kepada parti.

"Tiada had usia untuk melakukannya," katanya pada Sabtu.

Terdahulu, beliau merupakan Ahli Parlimen Jelutong selama lima penggal sebelum bertanding di Bukit Gelugor pada 2004.

Karpal akan mempertahankan kerusi Bukit Gelugor buat kali ketiga.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain