suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Maut Terjatuh Bangunan di George Town

GEORGE TOWN: Seorang wanita maut selepas terjatuh dari tingkat 20 sebuah pangsapuri di Jalan Gangsa, Greenlane, di sini, Sabtu.

Sumber polis berkata wanita berusia 40 tahun itu tinggal bersendirian di sebuah unit pangsapuri berkenaan dan belum berkahwin.

"Pada kejadian pukul 4.30 petang itu bebeberapa orang saksi melihatnya mundar-mandir di balkoni kediamannya," katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi, berkata setakat ini polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan jenayah berhubung kejadian terbabit.

Beliau berkata mayat wanita itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan siasatan awal mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut. -BERNAMA

Artikel Lain