suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

39 Pendatang Asing Nyaris Maut Selepas Bot Dinaiki Karam

LUMUT: Seramai 39 pendatang asing tanpa izin termasuk tujuh kanak-kanak nyaris maut selepas bot dinaiki karam, di perairan Pulau Batu Putih berhampiran Pulau Jarak dekat sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Jaafar Baba berkata kejadian berlaku pada 12 tengah hari ketika pendatang asing berkenaan dipercayai cuba menyeludup keluar dengan sebuah bot dari negara ini.

"Mereka terdiri daripada warganegara Myanmar, Sri Lanka dan Indonesia dipercayai dalam perjalanan ke sebuah negara lain secara haram dengan sebuah bot," katanya kepada pemberita di Pangkalan Polis Marin Kampung Acheh di Sitiawan dekat sini, Sabtu.

Bagaimanapun, ketika berada kira-kira tiga batu nautika dari Pulau Batu Putih dan 10 batu nautika dari selatan Pulau Pangkor, bot yang dinaiki karam selepas dipukul ombak besar.

Ketika insiden itu, sebuah kapal layar yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian bertindak menyelamatkan kesemua mangsa, katanya.

Jaafar berkata pemilik kapal layar itu kemudiannya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung sebelum maklumat tersebut disalurkan kepada Pasukan Polis Marin Kampung Acheh.

Katanya semua mangsa terdiri daripada 31 warganegara Myanmar dan masing-masing empat warganegara Sri Lanka dan Indonesia kini ditahan di IPD Manjung untuk siasatan lanjut.

"Siasatan awal mendapati kesemua pendatang tersebut tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain