suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bas Kempen BN Pulau Pinang Disimbah Cat Merah

GEORGE TOWN: Sebuah bas kempen Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang didapati disimbah dengan cat merah di Jalan Macalister pada Jumaat.

Bas itu diletakkan di ibu pejabat Gerakan Pulau Pinang.

Pemandu bas mengesan perkara itu pada pukul 7 pagi.

Ketua Pemuda BN negeri, Oh Tong Keong berkata, kenderaan itu diletakkan di dalam kawasan bangunan berhampiran dengan pintu hadapan.

Satu tin cat merah ditemui berhampiran.

“Kami akan membuat laporan polis,” kata Oh di tapak Taman Manggis di Jalan Zainal Abidin di mana Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng dijemput untuk mengadakan dialog berhubung jualan dan rancangan bagi tanah berkeluasan 0.4 hektar itu.

Artikel Lain