Bapa Pelajar Tunjuk Punggung Rayu Peluang Kedua - Semasa | mStar

Bapa Pelajar Tunjuk Punggung Rayu Peluang Kedua

BATU PAHAT: Bapa kepada pelajar kolej swasta Muhammad Ammar A Rahman, 19, yang melondehkan seluar menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa malam ambang Merdeka baru-baru ini merayu peluang kedua kepada anaknya.

A Rahman Abdullah, 53, memohon anaknya itu dibenar melanjutkan pengajian di mana-mana insitusi pengajian tinggi negara ini demi masa depan anaknya yang masih muda.

"Saya mohon, untuk masa depan anak saya, berilah peluang kedua kepadanya termasuk untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana selepas ini. Kemungkinan ini kesilapan yang tidak disengajakan dan saya harap dia belajar daripada kesilapannya.

"Saya dengan rendah diri, jujur serta ikhlas memohon maaf bagi pihak anak saya kepada Perdana Menteri, isteri dan seluruh rakyat Malaysia," kata A Rahman di Taman Murni, di sini, Khamis.

Muhammad Ammar, pelajar Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics ditahan bagi membantu polis berhubung kejadian itu di Perhimpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka malam 30 Ogos lalu.

Dia bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan polis pada 10 malam semalam setelah polis selesai merekod keterangannya dan pelajar itu kemudian dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di sini.

A Rahman berkata, sejak pulang dari Bukit Aman anak bongsunya itu hanya berkurung dalam bilik dan enggan bercakap dengan sesiapa.

"Kami bimbang akan keadaannya yang enggan bercakap dan hanya memerap dalam bilik," katanya.

Ibu kepada pelajar berkenaan pula, Rahilla Ahmad, 53, turut berasa sedih dengan kejadian tersebut dan mengharapkan masyarakat tidak terus menghukum anaknya itu.

"Saya pun tidak tahu nak cakap apa...sedih...baik buruk pun dia anak saya, kami sekeluarga perlu terima dia dan apa yang sudah dia lakukan.

"Saya cuma berharap masyarakat tidak terus menghukum kami sekeluarga dan berilah kemaafan dan peluang kedua untuk dia yang masih mentah dan tidak memikirkan implikasi tindakannya," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Azizan Kembali Bertugas

Artikel Berikut

Bayi 17 Hari Maut Tersedak Susu Botol

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel