suria

Kapal Tangki Milik MISC Terbakar Di Labuan

MUSNAH TERBAKAR ...Kapal tangki minyak Bunga Alpinia dengan kapasiti 38,000 DWT IMO II (chemical/palm oil tanker) terbakar dan meletup di jeti terminal PETRONAS Chemicals Methanol Sdn Bhd berdekatan dengan Pulau Enoe, zon industri rancha-rancha, pada jam lebih kurang 2.32 pagi tadi. Dalam kejadian itu seorang telah meninggal dunia akibat lecuran manakala tiga cedera dan seorang lagi masih hilang. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kebakaran dilaporkan berlaku di atas kapal tangki bahan kimia dan minyak sawit milik MISC Berhad 'Bunga Alpinia' di Labuan, Sabah awal pagi Khamis.

Dalam satu kenyataan, MISC berkata kapal 38,000 DWT IMO II itu mempunyai 29 anak kapal yang terdiri daripada 23 rakyat Malaysia dan enam Filipina.

"Pada masa ini, 24 (anak kapal) telah selamat dibawa ke darat," katanya.

Kapal tersebut berada bersebelahan terminal Petronas Methanol Sdn Bhd apabila kejadian itu berlaku kira-kira 2.30 pagi.

"Tiada butiran lanjut mengenai kejadian diperoleh setakat ini," kata kenyataan itu.

MISC berkata semua pihak berkuasa telah diberitahu mengenai kejadian itu dan pihaknya sedang bekerjasama untuk memberi bantuan yang sewajarnya.

Anggota Bomba dan Penyelamat berada di tempat kejadian bagi memadam kebakaran yang turut berlaku letupan yang menggegarkan Labuan.

Anggota mencari dan menyelamat turut bergegas ke tempat kejadian bagi mengesan mereka yang masih hilang.

Sementara itu dalam satu kenyataan, Petronas Chemicals Group Berhad berkata pihaknya telah mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan keselamatan semua kakitangan anak syarikatnya Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd, tempat berlakunya kebakaran.

Susulan insiden itu, operasi Stesen Janakuasa Patau-Patau milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) yang terletak bersebelahan terminal itu, dihentikan sementara atas faktor keselamatan.

Pengarah Urusan SESB, Abdul Razak Sallim berkata ini bagi membolehkan pihak Bomba dan Penyelamat mengambil langkah pencegahan dan keselamatan.

Penyaluran gas daripada Petronas Chemicals Methanol ke Stesen Patau-Patau juga terpaksa dihentikan serta-merta sehingga keadaan kembali normal dan selamat, katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Abdul Razak, penutupan sementara itu dijangka akan memberi impak kepada keupayaan SESB menyalur bekalan elektrik kepada semua pengguna di pulau bebas cukai itu.

Katanya beberapa langkah kecemasan bagi menampung masalah kekurangan kapasiti penjanaan elektrik termasuk melaksanakan Pengurusan Beban Pengguna (DSM) akan dikuatkuasakan pada waktu beban puncak.

Abdul Razak berkata catuan bekalan elektrik hanya akan dilaksanakan secara berperingkat sekiranya pelaksanaan DSM masih tidak dapat menampung permintaan dan stesen berkenaan tidak dapat beroperasi sepenuhnya.

Stesen Janakuasa Patau-Patau itu mempunyai keupayaan janaan sebanyak 103.5MW dan merupakan satu-satunya stesen janakuasa di Wilayah Persekutuan Labuan, katanya. - BERNAMA

Artikel Lain