suria

Mayat Lelaki Dijumpai Di Kawasan Kaki Lima Premis

TAWAU: Seorang lelaki berusia 43 tahun ditemui meninggal dunia di kaki lima sebuah premis di Jalan Bilian, berhampiran Dewan Masyarakat Tawau, sekitar pukul 8 pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin berkata lelaki berkenaan sering merayau-rayau di kawasan pusat bandar dan tidur di merata-rata tempat.

Katanya siasatan awal mendapati kematian lelaki berkenaan tidak melibatkan unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Mayat lelaki itu telah dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat dan pihak kami masih menunggu laporan lanjut daripada pihak hospital," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Seorang saksi yang enggan namanya disiarkan berkata mangsa dipercayai ada masalah mental, pernah bekerja sebagai tukang masak di restoran dan hotel. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain