suria

Akta Keterangan Adil - Nazri

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menolak dakwaan bahawa pindaan terhadap Akta Keterangan adalah tidak adil kepada pengguna internet.

"Kebebasan bersuara perlu disertakan dengan tanggungjawab, jadi anda perlu berhati-hati.

"Apabila anda gunakan media baru seperti facebook atau twitter, ia dipaparkan di internet dan semua orang boleh membacanya. Jadi pengguna perlu bertanggungjawab kerana tindakan mereka boleh memberi kesan kepada orang lain," katanya.

Tegas Ahli Parlimen Padang Rengas itu, asas kebebasan bersuara tidak bermakna dakwaan tidak benar boleh diterima.

"Kadang-kala kenyataan tidak benar atau fitnah yang dimuatkan di internet, sukar untuk diambil tindakan undang-undang terhadap mereka kerana bukan mudah untuk menjejaki individu pertama yang memuatkan kenyataan seumpama itu di internet.

"Dibawah pindaan akta itu, beban akan jatuh kepada pemilik komputer riba atau akaun laman sosial berkenaan supaya kita boleh menjejaki sumbernya," katanya.

Artikel Lain