suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zulkifli & Zaidi Angkat Sumpah YDP Majlis Daerah Kuala Pilah, Jelebu

SEREMBAN: Zulkifli Baharan dan Zaidi Johari pada Rabu masing-masing mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang DiPertua Majlis Daerah Kuala Pilah dan Yang DiPertua Majlis Daerah Jelebu yang baharu, di hadapan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Majlis itu yang berlangsung di Pejabat Menteri Besar di Wisma Negeri di sini, disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mat Ali Hassan dan Penasihat Undang-Undang Negeri Datuk Ishak Sahari.

Pelantikan mereka berkuat kuasa 16 April lepas.

Zulkifli, 51, sebelum ini adalah Pegawai Daerah Jelebu manakala Zaidi, 42, pula merupakan Timbalan Pentadbir Tanah, Pejabat Daerah dan Tanah Rembau.

Zulkifli menggantikan Pegawai Daerah Kuala Pilah sebelum ini iaitu Ibrahim Hassan yang kini menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Wisma Negeri di sini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain