suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Awas Akaun Facebook Palsu Ketua JSJ

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin mengecam individu yang menyamar sebagai beliau melalui akaun facebook palsu.

Dalam kenyataan, Isnin, Mohd Bakri menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai akaun facebook sama ada secara peribadi atau atas kedudukannya sebagai pengarah jabatan itu.

"Saya mendapat tahu ada individu tidak bertangggungjawab mencipta akaun paslu Facebook atas nama saya dan menampalkan status palsu," katanya dalam kenyataan yang ditampalkan pada laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Semakan terhadap rangkaian sosial itu menemui satu akaun Facebook yang menyamar sebagai milik Mohd Bakri Mohd Zinin dengan menggunakan kata-kata kasar dalam maklumat profil serta dindingnya dengan tujuan mencemarkan imej polis.

Berdasdarkan catatan log, akaun palsu itu dicipta Jumaat lepas dan setakat ini mempunyai 14 rakan yang disahkan.

Melalui kenyataan itu, Mohd Bakri juga mengingatkan orang ramai bahawa seseorang yang mencipta profil Facebook palsu untuk menyamar sebagai orang lain dan menimbulkan kemarahan orang berkenaan, boleh dikenakan tindakan kerana menyalahgunakan kemudahan atau perkhidmatan rangkaian mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998. - BERNAMA

Artikel Lain