suria

Anak Malaysia Juara Pertandingan Pidato Antarabangsa 2012 Di London

PETALING JAYA: Marina Tan Hsien Wei menunjukkan bakat beliau apabila muncul sebagai rakyat Malaysia pertama menjuarai Pertandingan Pidato Antarabangsa 2012.

Pelajar yang berusia 18 tahun itu mengalahkan 53 peserta antarabangsa lain dalam pertandingan akhir di Dartmouth House, London, pada Jumaat.

"Sungguh hebat dan tidak dijangka. Semua peserta sangat hebat dan saya benar-benar kagum dengan kesemua mereka. Minggu ini benar-benar baik," Marina memberitahu The Star melalui telefon, Sabtu.

"Ibu saya, ibu saudara dan bapa menjerit kegembiraan apabila keputusan diumumkan," kata beliau sebelum bergegas ke Oxford dan Cambridge dengan keluarganya.

Mereka tidak merancang apa-apa sambutan atas kemenangannya, sebaliknya memilih untuk menikmati saat-saat terakhir mereka di London, tambah Marina.

Bekas pelajar Sekolah SMK Perempuan Methodist, Pulau Pinang ini memenangi peluang menunjukkan kehebatan lisan selepas merangkul hadiah percutian lima hari empat malam ke London setelah memenangi Pertandingan Pidato Awam The Star- ESU Malaysia-SEGi bulan lepas.

Dengan tema "The Head or the Heart", Marina memikat juri dengan ucapannya berkisar aktiviti remaja bertajuk "The Gam Changers".

Sejak penyertaan negara dalam pertandingan antarabangsa pada tahun 2003, wakil-wakil Malaysia telah memasuki peringkat akhir sebanyak enam kali, di mana Jean Lee, Wong Xiao Qing dan Siti Khadija Jaafar memenangi anugerah pada tahun 2003, 2004 dan 2009.

Artikel Lain