suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa Muhyiddin Seorang Ulama Berfikiran Terbuka - Mufti Johor

MUAR: Allahyarham Mohd Yassin Muhammad, bapa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin, semasa hayatnya merupakan seorang ulama yang berfikiran terbuka, kata Mufti Johor Datuk Tahril Samsudin.

"Allahyarham adalah seorang ulama yang berjuang menyebar Islam dengan penuh ikhlas. Dia seorang yang bertanggungjawab kepada agama dan bangsanya," kata bekas murid allahyarham itu.

Selain itu, katanya firasat allahyarham bahawa seorang daripada 47 orang anaknya akan menjadi seorang terkenal dan orang penting negara turut menjadi kenyataan apabila Muhyiddin menjadi timbalan perdana menteri.

"Allahyarham pernah dua kali menyebut bahawa salah seorang anaknya akan menjadi seorang yang terkenal dan orang penting negara. Ia ternyata apabila anaknya (Muhyiddin) telah memegang jawatan timbalan perdana menteri," katanya.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan buku tokoh ilmuan Islam cemerlang yang menyingkap sejarah perjuangan Mohd Yassin di pekarangan Masjid Jamek Sultan Ibrahim di sini Sabtu.

Muhyiddin turut hadir pada majlis itu. - BERNAMA

Artikel Lain