suria

Nayati Diberi Telefon Bimbit Untuk Hubungi Ibu Bapa - Polis

Remaja lelaki, Nayati Shamelin Moodliar yang diculik ketika pulang dari sekolahnya di Mont Kiara pada 27 April lalu telah ditemui dalam keadaan selamat pada pagi tadi. Gambar terbaru Nayati bersama rakan-rakan sekolahnya dimuatnaik oleh bapanya Sham Moodliar di akaun Twitter milkinya pada tengah hari Khamis.

PETALING JAYA: Penculik Nayati Shamelin Moodliar menyediakan telefon bimbit untuk membuat panggilan kepada ibu bapanya setelah dia dibebaskan di kawasan rehat Sungai Buloh.

Ketua Polis Kuala Lumpur DCP Datuk Mohmad Salleh berkata keluarganya telah membayar jumlah wang yang tidak didedahkan kepada penculik di Cheras pada Rabu.

"Permintaan wang tebusan dibuat pada hari yang sama budak lelaki itu diculik. Dia dibebaskan pagi ini.

"Satu pasukan petugas khas sedang menyiasat penculikan dan mereka yang mempunyai maklumat perlu menghubungi kami," katanya.

Nayati, yang diculik ketika dalam perjalanan ke Sekolah Antarabangsa Mont Kiara pada 27 April telah dibebaskan pagi Khamis.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain