suria

JMM Libatkan Sekolah Dalam Kempen LGBT

KUALA LUMPUR: Jaringan Melayu Malaysia (JMM) akan melibatkan sekolah-sekolah dalam kempen anti-seks bebas lesbian, gay, bioseksual dan transeksual (LGBT) anjurannya.

Presiden JMM Azwanddin Hamzah berkata sebanyak 30 sekolah di semenanjung bersetuju untuk turut serta dalam kempen menentang gejala LGBT yang semakin menular di seluruh negara.

"Gerak kerja telah dilakukan hampir sebulan untuk melibatkan pihak sekolah dan ada PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) serta guru besar yang telah bersetuju untuk menyertai program ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program anti LGBT di Sekolah Menengah Kebanghsaan Miharja, Cheras di sini.

Azwanddin berkata SMK Miharja merupakan sekolah pertama yang berganding bahu dengan JMM dalam kempen anti LGBT dan menerusi program ini diharap dapat memberi kesedaran kepada pelajar sekolah ini mengenai gejala LBGT.

Beliau berkata selain itu ibu bapa juga harus disedarkan mengenai isu ini dan sentiasa mengambil tahu dan memandang berat berat kegiatan anak-anak mereka dengan rakan sebaya. -BERNAMA

Artikel Lain