Tidak Perlu Suruhanjaya Diraja Untuk Siasat Projek NFC:Muhyiddin - Semasa | mStar

Tidak Perlu Suruhanjaya Diraja Untuk Siasat Projek NFC:Muhyiddin

PUTRAJAYA: Pembentukan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kemungkinan berlakunya penyelewengan dalam projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) tidak diperlukan memandangkan langkah-langkah sedang diambil kerajaan melalui beberapa agensi penguatkuasaan sudah memadai, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata selain penjelasan dan laporan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berhubung isu itu, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menjalankan siasatan terperinci.

"Saya fikir langkah-langkah yang diambil juruadit negara ataupun Ketua Audit Negara dengan penjelasan itu memadai. Lagipun dalam peringkat yang sama beberapa agensi penguatkuasaan iaitu Polis Diraja Malaysia dan SPRM pun buat siasatan mereka. Kita harap hasil siasatannya dapat disiapkan dengan segera, bagi kita mengetahui kedudukan sebenarnya.

"Di samping itu, daripada segi kerajaan sendiri kita telah melantik syarikat perunding kewangan ini akan buat pemeriksaan teliti untuk melihat semua sekali status kewangan syarikat ini di mana perbelanjaan yang telah dibuat, pinjaman yang telah dibekalkan dan berapa banyak baki wang dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat khas Umno Putrajaya di sini, Jumaat.

Turut hadir Anggota Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang juga Setiausaha Agung UMNO.

Muhyiddin mengulas kenyataan pemimpin DAP Lim Kit Siang yang mahukan rakyat mendesak kerajaan supaya membentuk sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat isu NFC yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.

"Mungkin pihak pembangkang mahu melihat projek ini gagal, kalau gagal sahlah bahawa pandang mereka itu adalah betul. Tetapi sebagai sebuah projek yang didukung kerajaan yang dilaksanakan oleh swasta, kita mahu projek ini menjadi projek berdaya maju. Jadi langkah-langkah ini saya fikir memadai," katanya.

Timbalan Perdana Menteri akur beberapa penambahbaikan perlu dilakukan bagi memastikan projek itu berjaya dan berdaya maju.

Muhyiddin berkata kerajaan hanya boleh menilai kedudukan sebenar NFC dan keberkesanan projek berkenaan selepas menerima laporan-laporan daripada agensi terbabit.

Dalam satu kenyatan Rabu lepas, Jabatan Audit Negara menjelaskan bahawa Laporan Ketua Audit Negara 2010 tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar-kacir, 'in a mess' ataupun penyelewengan dalam laporan pengauditannya terhadap projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) di Gemas, Negeri Sembilan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Syed Husin Ali Saman Utusan, Zulkifli Noordin

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Pekebun Nepal Bebas Tuduhan Bunuh

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain